Wednesday 14 November 2012

TERUSKAN PERJUANGAN ANDA

Kumpulan DG29/41/44 Terus Teraniaya

MatRos71 said…
Puan SUA,
Maklumbalas KPM kepada NUTP membuktikan bahawa memang KPM buat-buat tak faham tentang anamoli gaji guru-guru DGA29/DG41.
Cuba Puan SUA bawa berbincang dengan KPM dalam kes ini KPM perlu fokus kepada skop guru-guru DGA29/DG41 sahaja. Yang ruginya kami bukan mereka dari gred DGA32/DG41. Jangan nak buat perbandingan yang sama rata golongan kami dengan golongan DGA32/DG41 yang dah terlebih untung. Senioriti kami di gred DG41 dan pengorbanan kami lebih awal sambung belajar dan lebih awal dilantik ke DG41 ada pada tahun ke 8 dan ada pada tahun ke 9 di DGA29 perlu diambilkira.
Puan SUA dan KPM sendiri pernah mengatakan dalam kes ini tidak ada yang rugi cuma ada yang untung besar dan ada yang untung kecil. Persepsi ini jauh menyimpang dan memang tak betul sama sekali.
Tolong teliti apa yang nak saya perkatakan ini. Golongan kami tak dapat DGA32, gaji kami terbantut, penyelarasan hanya dapat 15% bertambah terbantut, 2012 timebased dikurangkan kepada 8 tahun gaji kami terus-menerus terbantut walaupun diambilkira 7+3 atau 8+2, tukar kepada SBPA bertambah lagi jurang kerugian tangga gaji kami.
Dalam kes ini selagi golongan kami tidak diberi kenaikan khas tangga sekurang-kurang 3 kenaikan tangga minima atau sepatutnya lebih lagi maka tak adanya istilah untung bagi golongan kami ini.Jurang tangga gaji kami hampir mencecah RM 1000 ketinggalan berbanding golongan junior DGA32/DG41, bukannya RM 10 atau RM 50 akan tetapi RM 1000.
Kenaikan dari DGA32 ke DG41 sudah cukup jauh meninggalkan tangga gaji kami dari DGA29 ke DG41 walaupun kami lebih senior di gred DG41. Jadi bila naik ke gred DG44, gaji golongan ini semakin jauh meninggalkan kami kerana tangga gaji mereka sudah cukup tinggi, begitulah kenaikan ke gred seterusnya. Tak ada sebarang peluang untuk kami mengejar tangga gaji golongan DGA32/DG41 ini. Cuba Puan SUA selidik betul-betul samada benar atau salah apa yang saya perkatakan ini. Satu lagi memang tak masuk dek akal ada ke patut guru DGA32 dilantik ke DG41 sebelum tarikh kelulusan temuduga, memang pekeliling SPP cukup haru-biru, dah nyanyuk kot.
Di sini dapat saya simpulkan bahawa KPM memang sengaja nak wujudkan 2 golongan iaitu kalau awal untung akhir pun untung akan tetapi ini yang menyedihkan b agi golongan kalau awal dah rugi, di pertengahan pun rugi dan akhirnya pun terus-menerus rugi.Tapi kalau KPM tetap berpendapat ada untung maka itu hanya retorik kpm dan JPA sahaja dan sah memang failed matematik sebab tak tahu nak kira untung atau rugi.
Kami lebih memahami akan masalah yang sekian lama kami hadapi. Kami cukup hairan mengapa KPM dan JPA sengaja tidak mahu menyelesaikan ini. Sepatutnya mereka yang rugi dibela, agar hak mereka diadili dengan sewajarnya bukan apa yang sedang berlaku sekarang ini.
Lebih-lebih lagi penangguhan SBPA menguatkan lagi hujah kami bahawa apa jua penambahbaikan KPM dan JPA kononnya merupakan langkah untuk menguntungkan satu pihak dan merugikan satu pihak yang lain. Di sini tidak wujudnya semangat 1 Malaysia yang diwar-warkan. Sepatutnya yang senior didahulukan dan yang junior tu kenalah tunggu giliran, baru adil kepada semua pihak yang rugi.
Renung-renungkanlah apa yang telah saya perkatakan di atas dan mohon respon segera daripada Puan SUA, TQ

KREDIT PENDIDIK

No comments:

Post a Comment