Sunday 4 November 2012

BERITA GEMPAR GAJI KAKITANGAN AWAM NAIK KE AWAN

Ha Ha Ha Ha Ha (5x Ha)...Jangan tak cukup nanti tak naik gaji. Berita mentah kadang-kala boleh mengubah mood daripada gelap menjadi cerah kemudian bertukar gelap kembali seperti.......

Pengumuman kononnya kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji sebanyak 5% pada tahun depan hanya separuh masak kerana...............................
gaji kakitangan kerajaan tidaklah melibatkan 1.4 juta kakitangan awam seperti yang gua laporkan semalam DI SINI. Sebenar-benarnya kajian semula gaji kakitangan kerajaan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa baru-baru ini, hanya melibatkan 20 peratus penjawat awam yang sudah pun mencapai paras gaji maksimum.

Maknanya yang sudah terhantuk dan langgar dinding sahaja yang dapat bukannya membabitkan kenaikan gaji secara keseluruhan bagi perkhidmatan awam. Oleh itu, kalangan PA yang masih jauh lagi nak langgar dinding, mungkin belum tiba masanya untuk skim gaji anda dikaji sekali lagi.

Ya….memang benar, sekarang ini kira-kira 20 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam sudah pun mencapai tahap maksimum dan kumpulan inilah yang akan diberikan perhatian yang lebih selepas ini
Walaubagaimanapun, semua ini akan diberikan dan dilaksanakan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai prestasi markah yang melebihi 80 peratus.

No comments:

Post a Comment