Wednesday 7 November 2012

PBS -GURU TERTEKAN

Asalnya PBS dibuat untuk mengelakkan terlalu bergantung pada   exam. Namun dengan pelaksanaan tanpa kajian hanya memburukkan lagi keadaan. Disini salah satu contoh keluhan guru yang terbeban dengan sistem baru ini.
 
 
 
Sistem PBS yang dibangunkan untuk memudahkan kerja kalangan guru dilihat satu bebanan apabila sistem yang disediakan tidak “mesra pengguna”. Sehingga ada kalangan guru-guru yang menghantar email aduan kepada kami menyatakan yang mereka kerapkali menghadapi masalah sepanjang menggunapakai PBS online ini sehingga tidak mampu menyiapkan kerja-kerja pbs seperti (membina instrumen(soalan) sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak dan sorting dan key-in ke dalam sistem PBS online guru ini) apatah lagi melibatkan jumlah pelajar yang ramai orang pelajar bagi setiap ratusan soalan yang ada.
PBS Sekolah Online Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Online Membebankan Guru. Rungutan Guru Dikaji!
Masalah bukan terletak pada ratusan band pelajar ke dalam sistem. Tetapi, bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya ditambah dengan sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi internal error sedangkan kalangan guru ini tetap mengejar masa untuk menyiapkan PBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan (LPM)
Sistem PBS ini bagus pada dasarnya. Tetapi dilaksanakan dalam kerangka yang kurang kemas sehingga menjadikan hasilnya carca merba. Minta dan mohon diperbaiki segera.
P/S : Apabila dibangunkan suatu sistem yang digunakan bilangan pengguna yang ramai dan kerapkali digunakan untuk disiapkan dengan segera, prestasinya perlulah setandingdengan tujuan sistem tersebut diwujudkan.
 
Dipetik dari Berita Semasa

No comments:

Post a Comment