"I nak cakap dengan
ketua Trafik sekarang... sambungkan cepat". Tegas Yb Jamal memberikan arahan
tanpa perlu memberi salam.
"Iya Yb, ada apa boleh
saya bantu?". Tanya Ketua Trafik Balai Polis dengan sedikit curiga apabila
menerima panggilan dari YB Jamal yang juga rakan baiknya.
"Inilah i lupa malam ni
harijadi anak dara I.. tapi esok pagi I kena meeting dengan Menteri.. I nak u
arrangekan perjalanan esok supaya cepat sampai". YB Jamal menyatakan
hasratnya..maklumlah nak dekat Pilihanraya ni YB Jamal mesti tunjuk muka
sekarang .. kalau tidak MELEPASLAH PELUANGNYA UNTUK MENJADI CALON meskipun dia
tak pernah MERASA JADI CALON SPM !
"Susah juga YB, esok
mesti semua nak balik beraya Haji...mesti jalan sesak". Kata ketua trafik pula
sambil melihat pergerakan aliran trafik di komputernya.
"I nak U uruskan juga
esok... gunalah apa cara sekalipun yang i tahu pagi esok I dah sampai
Putrajaya". Marah Yb Jamal terus matikan telefon bimbitnya,
Ketua Trafik
terkedu...... Nak bantah tak boleh sebab YB ni kawan baik dia, banyak jasa YB ni
padanya..... Pening memikirkan macam mana nak mengawal perjalanan YB Jamal esok
sedangkan YB Jamal bukanlah tahap menteri atau VIP yang perlu diiring untuk
kemana mana ,cumaaaaaaa ..... YB Jamal ni banyak duittt itulah
masalahnya.......
Waktu yang sama
.......Dalam ladang sawit...... Haji Osman sedang memasang strategi untuk
menangkap lembu liar supaya dapat dikorbankan selepas raya Haji nanti..kalau
korban masa raya haji kurang untungnya kata haji Osmanlah.
"Susah nak tangkap
lembu liar tu tuan Aji.... kecuali tembak!. "Cadang Ramli rakan ternaknya yang
sudah 30 tahun pengalaman menternak lembu dan baja taik lembu.
"Gila!! Nak kena upah
semua tu... Ah!! Tahulah aku nak uruskan lembu tu esok, ko tahu dapatlah
bahagian ko nanti!" Marah Haji Osman yang baru setahun berkecamuk dalam bidang
penternakan lembu ini.
Pagi itu ketua Trafik
telah mengarahkan 4 orang anggotanya untuk mengiring YB Jamal ke Putrajaya yang
diketuai oleh Sarjan Musey. Awalnya perjalanan mereka lancar... tetapi bila nak
menyusuri masuk dari Tol Ipoh ke Lebuhraya jalan dah mula sesak....Sarjan Musey
berpatah balik ke arah MPV Mewah YB Jamal yang berada
dibelakangnya......
"Jem lah YB! Selalu tak macam ni
... i rasa ada kemalangan
lah depan tu....macam mana?' Sarjan Musey berkata setelah menongkat
motornya.
"Hantu betullah!! Nak
eksiden pun biarlah hari lainnn!! Kita ikut jalan kampung". Rungut Haji Jamal
sambil menaikkan semula cermin keretanya.
"Tapiiii....." Belum
habis Sarjan Musey berkata YB Jamal dah beri Isyarat untuk bergerak saja dari
dalam MPV nya. Dengan serta merta mereka berpatah balik dengan menongkah arus
jalan.... Ada juga kenderaan yang bunyikan hon tetapi bunyi Siren motor polis
trafik lagi kuat dan mengerunkan pemandu yang lain...semua ketepi dan terpaksa
memberi laluan!
Mereka mula bergerak
melalui jalan kampung dan semasa sampai ke Kampung Batu Sembilan .... YB Jamal
terkenang kisah lampau kerana di Kampung inilah dia nekad KELUAR PARTI dan
menjadi calon BEBAS yang menyebabkan dia dipulau oleh rakan rakan politiknya
termasuk orang kampung.... AHHH!! Peduli apa, yang penting DUIT AKU DAH BANYAK!!
Lamunan YB Jamal terhenti lagi bila kelibat Sarjan Musey berpatah balik dan
menuju ke arah MPVnya....." AHHH!! Apa lagi niiiiii". Marah YB Jamal pada
pemandunya Wak Tukimin.
"Ada lembulah YB....
liar pulak tu..... banyakkkkkk!! Sarjan Musey menunjukkan arah lembu lembu yang
sedang berlari lintang pukang melintas jalan dan ada lembu yang berpatah balik
dan bersiar siar ditepi jalan. Kelihatan Haji Osman sedang menghalau lembu
dengan motornya tanpa menyedari gelagatnya diperhatikan oleh YB Jamal dan 4
orang polis Trafik.
"Bahaya ni kalau kita
bergerak...lembu lembu tu macam liar ... sekejab lari melintas jalan sekejab ke
belakang..... YB". Kata Wak Tukimin pemandunya yang sedari tadi cuma
diam.
"Hantu betul!!" Marah
YB Jamal lalu keluar dari keretanya. Wak Tukimin sempat berbisik pada pada
Sarjan Musey".... Sekaya dan sehebat manapun YB KALAH JUGA DENGAN LEMBU". Mereka
ketawa sendiri sambil melihat YB Jamal melulu ke arah Haji Osman yang sudah
berpeluh peluh sambil memegang tali.
"Apahal lembu lembu
kamu niiiii.... Bahaya betul halau macam ni !!!" Marah YB Jamal pada Haji Osman
yang leka mengikat tali untuk memerangkap lembu lembu liar.
"Eh!! YB Jamalllllll...
errr... er... bukan lembu saya ni.... saya cuma nak halau saja dari masuk
kebun". Haji Osman cuba berbohong untuk selamatkan diri. Dia terkejut kerana YB
Jamal yang pernah diKEMPENnya dulu berada didepan nya dengan marah
marah.
"HUH!! Tak Ngaku
lagiiii... Cepat cepat halau aku nak lalu niiiiii". Bentak YB Jamal tanpa
menyedari ada seekor lembu Jantan Liar yang berlari dan merempuhnya dari
belakang...... YB Jamal tersembam ke tanah, kepalanya terkena parang yang
dipacakkan Haji Osman. Darah mula mengalir keluar.. Haji Osman terkejut!! Haji
Osman terkedu!! Disaat itu juga Haji Osman dirempuh pula oleh lembu jantan liar
tadi.. Haji Osman tersandar di pangkal pokok...... matanya gelap dan pensan
akibat rempuhan itu.
Sarjan Musey dan rakan
rakannya melulu berlari mendapatkan mereka berdua. Lembu Jantan liar terus lari
masuk kedalam semak kebun... HILANG!! Mungkin lembu jantan itu ternampak ada
Pistol yang dibawa oleh Sarjan Musey dan rakannya.
Tak kala itu beberapa
kenderaan sudah mula berkampung, orang ramai sudah mula membanjiri kawasan itu
untuk melihat apa yang berlaku.....
YB Jamal sesak dan
tenat... Darah menitik dari lehernya tidak berhentiiii... matanya melihat
seseorang yang sedang berkata kata sesuatu padanya.... dia macam kenal orang
ituuuuuuu... YB Jamal cuba menguatkan diri... Iya!! YB Abdullah LIM yang sedang
memangku keadaannya yang sedang tenat itu... YB Abdullah Lim -Musuh politik yang
sering dimakinya dalam setiap siri ceramah.. Banyak ditohmahnya... banyak direka
dan difitnahnya YB Abdullah Lim yang baru memeluk Islam itu...... tetapi
SEKARANG YB ITULAH YANG SEDANG MENGAJARNYA MENGUCAP.... Ingat
Allah!!.....
"Mengucap Yb....
mengucap...... Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar
Rasulullah "
Sebelum mata YB Jamal
TERPEJAM................
jomgelak
No comments:
Post a Comment