Saturday 3 November 2012

Pengantin Baru









Sama cantik sama padan... Farid dan Diana beraksi kandid selepas majlis akad nikah di Hotel Flamingo by the Lake, Ampang dekat sini, pagi Sabtu. - Foto oleh ROHAIZAT DARUS

KUALA LUMPUR: Aktor dan pengarah filem Farid Kamil tidak menetapkan sebarang syarat atau halangan kepada isterinya aktres Diana Danielle untuk terus berlakon selepas mendirikan rumah tangga pada Sabtu.
Sebaliknya, Farid, 31, berkata perkara yang ditekankan dalam melayari alam perkahwinan adalah Diana perlu pandai menjaga diri dan batas, menguruskan hal ehwal suami dengan baik dan meningkatkan pengetahuan agama.
“Saya tidak tetapkan sebarang syarat untuk dia berhenti berlakon. Apa yang lebih penting, dia perlu tahu menjaga diri sebagai isteri.
"Dia perlu menjaga hal ehwal saya sebagai suami dan meningkatkan pengetahuan dalam ilmu agama,” katanya yang sudah terfikir untuk menyunting Diana sejak tahun pertama mereka berkawan.
Farid berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pernikahan mereka di Hotel Flamingo by the Lake di sini, pagi Sabtu.
Pada 15 Oktober lalu, Farid mengumumkan berita pernikahan mereka pada majlis tayangan filem arahannya berjudul Pe3 di TGV Sunway Pyramid, di sini.
Sebelum itu, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada 2 September lalu selepas tiga tahun bercinta.

No comments:

Post a Comment