Saturday 10 November 2012

ALANGKAH BERUNTUNGNYA KITA MENJADI UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

.M = I Sincerely Love Allah & Muhammad
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata:
“Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor...
Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Betapa Allah memuliakan kekasihNya.Tidakkah kita terfikir bahawa ada rahmat dan hikmah apabila Allah memilih roh kita sbg umat yg akan bersama-sama berdiri megah dibawah bendera Islam yg akan diterajui Rasulullah pd hari akhirat kelak?Apakah kita berusaha utk bersama-sama Baginda di bwh panji-panji Islam seperti yg disebut didlm hadis diatas?

Masih tidak bersyukurkah kita dilahirkan sbg umat
Muhammad? Layakkah kita menjadi sebahagian dr umat Baginda jika terus-terusan kita memuja artis kesayangan kita hingga melupakan manusia yg amat menyayangi kita
sehinggakan saat baginda di ambang sakaratul maut pun masih risau dgn umatnya?

Tepuk dada tanyalah iman.

No comments:

Post a Comment