Friday 9 November 2012

IPO SAHAM ASTRO MENJUNAM

Beli saham baru (IPO) pun belum tentu untung. Daripada penyenaraian ini ASTRO telah memperolehi 4Bilion suntikan modal. Bagi pelabur kecil perlu berhati-hati memilih saham takut terkena saham macam ASTRO.



STAF ASTRO MELUPUSKAN PEGANGAN???
The Malaysian Insider melaporkan saham Astro terus meluncur dengan saham ditutup pada RM2.65 semalam, berkurang 11.7% daripada harga tawaran awal awam (IPO) RM3.00. Hari ini harga terus turun kepada RM2.64. Tiada sebarang pengumuman pelupusan pegangan oleh pemegang saham utama. Para pemerhati mengesyaki tekanan jualan datangnya daripada staf Astro sendiri yang mengambil pembiayaan untuk membeli saham Astro tetapi kini tidak mampu memenuhi panggilan margin (Margin Call) akibat penurunan yang beterusan harga saham Astro.
The Star turut melaporkan bahawa pihak pengurusan telahpun bertemu dengan para pekerja berhubung kekecewaan terhadap prestasi saham Astro selain usaha supaya pihak bank yang terlibat dalam pembiayaan dapat memberi lebih masa sebelum melakukan panggilan margin atau merendahkan paras margin untuk pekerja Astro.
Selain itu, para penganalisis dan broker menyatakan bahawa tekanan jualan berkemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor seperti harga premium tidak berdaya tahan memandangkan kekurangan hasil dividen selain para pelabur luar yang keluar daripada pasaran terutamanya untuk stok telekomunikasi.
Astro merupakan tawaran awam awal besar yang paling lemah tahun ini walaupun memperolehi 22 pelabur utama termasuk Qch-Ziff Capital Management, dana melindungi nilai daripada Amerika Syarikat
Harga saham Astro yang lemah juga turut disumbang oleh perubahan peraturan yang membenarkan pelabur utama menjual pegangannya tanpa tempoh terkunci atau tempoh moratorium.
Selain itu EPF dilihat tidak melabur dalam Astro antara lain disebabkan oleh polisi dividen yang kurang menarik antara 2% รข€“ 3%.


Cerdik Saham

No comments:

Post a Comment