Thursday 15 November 2012

CADANGAN BARU CUEPACS

Elaun Khas RM350 Untuk Kakitangan Awam Yang Memiliki Ijazah @ RM250 (Diploma) Jika Tidak Naik Pangkat?

by Staff Berita Semasa on November 16, 2012
Elaun Khas Kakitangan Awam Elaun Khas RM350 Untuk Kakitangan Awam Yang Memiliki Ijazah @ RM250 (Diploma) Jika Tidak Naik Pangkat?
Isu kenaikan pangkat ini berlaku di mana-mana terutamanya di sektor kerajaan dan GLC. Macam mana nak naik kalau tak ada jawatan kosong? Orang-orang atas pula atau bos pula memang cita-cita mereka untuk memegang jawatan tersebut sehingga pencen. Melainkan jika dapat tukar ke jabatan lain yang ada kekosongan atau ada struktur baru, barulah dapat naik pangkat. Melihatkan situasi ini, Cuepacs tampil dengan cadangan terbaru mereka iaitu Elaun khas untuk….
KOTA KINABALU-Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyediakan insentif khas kepada penjawat awam yang tidak berpeluang dinaikkan pangkat meskipun mempunyai ijazah dan diploma.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mencadangkan agar insentif khas sebanyak RM350 diberikan kepada pemegang ijazah dan RM200 kepada pemegang diploma.
Apa yang kami faham, jikalau belajar hanya untuk mendapatkan & mengejar pangkat tidak akan ke mana. Sepatutnya belajar adalah untuk menuntut ilmu. Itu sebablah apabila belajar semata-semata hanya untuk mengejar pangkat dan tidak mendapat apa yang dihajati mulalah timbul pelbagai masalah & rungutan seperti apa yang berlaku sekarang ini.
Bagi kami jika seseorang itu ada kelulusan dan kebolehan, Insyaallah rezeki akan memihak kepadanya dan “kenaikan pangkat akan mengejarnya. Jikalau tidak, janganlah mendabik dada apabila ada degree/master sehingga merasakan dii itu layak untuk diberikan pangkat. Sedangkan semasa belajar dahulu masing-masing sudah sedia maklum kenaikan pangkat sebenarnya adalah 50-50 sahaja. Teringat kami, apabila ditanya seorang kenalan kepana beliau menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Apa jawab beliau? Hanya semata-mata mahu buktikan kepada anak-anaknya dan memberikan semangat kepada mereka. Rezeki kata beliau, adalah diletakkan di tempat yang kedua. Terharu kami mendengarnya….
Ok. Terus sambung laporan berita yang disediakan Bernama ini…..
Beliau bagaimanapun berkata, insentif berkenaan hanya layak diberikan kepada petugas yang mempunyai ijazah atau diploma yang berkaitan dengan jawatan mereka.”Sekarang kita ada hampir 5,000 pekerja sektor awam yang ada ijazah atau diploma tetapi terhad untuk meningkat kepada jawatan lebih baik tertakluk kepada jawatan kosong.”Jadi kita mahu walaupun tidak dinaik pangkat tetapi diberi insentif tersebut memandangkan mereka dibebankan dengan tugas berdasarkan pengalaman mereka,” katanya.
Bagi kami jikalau mahu diwujudkan juga elaun khas RM350 ini untuk kakitangan awam yang memilki diploma atau ijazah tetapi tidak dapat naik pangkat, sepatutnya diberikan kepada semua tanpa mengira bidang. Tetapi bagi kami ia hanyalah pilihan jangka masa pendek sahaja. Walaubagaimanapun, pengalaman juga yang berharga, berilah insentif kepada penjawat awam yang berpengalaman. Kadangkala ilmu yang didapati semasa mengambil ijazah tak boleh dipraktikan di tempat kerja.
Jika buat sesuatu kerja, kebiasaannya bos minta orang yang berpengalaman buat. Biasanya begitu. Hakikatnya, jika insentif khas lulusan ijazah ini diberikan maka akan menggembirakan 5,000 penjawat awam dan menimbulkan suasana kurang senang baki 1,000,000 penjawat awam yang lain. Kami merasakan adalah lebih baik dilaksanakan “time base” untuk semua penjawat awam…semua dapat merasa.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).Menurut Omar, pemberian insentif itu akan dapat memberikan keadilan kepada penjawat awam selain menaikkan semangat mereka untuk bekerja bersungguh-sungguh.Sementara itu, beliau berharap kerajaan menetapkan kuota ke atas pengambilan jawatan kosong sektor awam bagi memberi keadilan kepada semua penjawat awam.
“CUEPACS mencadangkan 50 peratus kuota diberikan kepada penjawat awam sedang berkhidmat manakala 50 peratus lagi kepada pemohon baharu,” katanya.Omar berkata, bagi memastikan kebajikan kira-kira 45,000 pekerja kontrak, kerajaan diminta menyerap kesemua pekerja kontrak yang berkhidmat sekurang-kurang lima tahun ke jawatan tetap. Katanya, sekiranya tidak dapat dilaksanakan serentak, kontrak pekerja berkenaan perlu disambung selain pengambilan pekerja kontrak baharu tidak diteruskan lagi.”Saya kesal kerana ada agensi yang menamatkan pekerja mereka dan melantik pekerja baharu sebab mereka dapat membayar gaji yang murah kepada pekerja baharu,” ujarnya. BERNAMA
Bagi kami, nak minta beri elaun khas itu tiada masalah. Cuma jangan minta naik pangkat kalau tidak sedia maklum isu kuota penjawatan yang ada. Kadangkala itu pula, dasar kakitangan awam ni membuatkan kami tidak faham. Contohnya berpuluh ribu kakitangan awam berstatus kontrak ini terbiar tanpa pembelaan sedangkan mereka kebanyakannya mempunyai “pengalaman” aset yang boleh digunakan dengan sebaiknya, tetapi malangnya dalam pada masa yang sama masih terdapat pengambilan baru yang menyebabkan latihan semula perlu diadakan, bukankah ia memberikan kerugian daripada segi masa dan duit negara? Mengapa tidak digunakan sepenuhnya kakitangan kontrak yang sedia ada?
Lagi satu, pekerja bawahan yang ijazah, mungkin boleh dipertimbangkan untuk diberikan kuota khas untuk naik pangkat. Ini tidak, ambil perkerja baru isi kekosongan, pengalaman tiada, yang jadi mangsa rakyat yang berurusan dengan mereka.
Apa kata kakitangan awam yang lain dengan cadangan terbaru Cuepacs ini? Mungkin ada yang tidak bersetuju dnegan apa yang kami keutarakan?
P/S : Sejak akhir-akhir ini, Cuepacs dilihat acapkali mengeluarkan pelbagai cadangan dan saranan yang kadangkala kami lihat tidak fokus. Usul tambah baik perkhidmatan awam tak selesai…dah sibuk buat usul lain. Fokus Cuepacs! Fokus

No comments:

Post a Comment