Wednesday, 7 November 2012

ISU DG29 KE41 YANG MASIH BELUM SELESAI

APAKAH NASIB GURU DG2941 TERBELA ?


SEMUA GURU YANG TERANIAYA SILA BANGKIT BERJUANG MENUNTUT HAK ANDA

1. Tidak sempat menikmati Timebased akibat perubahan SSB ke SSM.
2. Penyelarasan gaji 2007, DG 41 ke atas 15 % sahaja, DG 41 kebawah 25 %
3. Dapat 1 HKG , guru Timebased 32 yang dilantik ke DG 41 dapat juga.
4. SBPA, timebased dari 10 tahun ke 8 tahun pula. Makin tinggi perbezaan gaji guru DG3241 dengan DG2941.

Di mana rasionalnya semua ini

1. Guru DG 2941 tidak tahu akan berlaku perubahan dari SSB ke SSM. Kalau tahu mungkin mereka tidak sambung belajar. Sebab SSB nak timebased 22 tahun, SSM 10 tahun sahaja.
2. Kalau penyelarasan gaji sama pada 2007, perbezaan gaji tidaklah begitu ketara. Tetapi apa telah jadi, nasi telah jadi bubur. Zaman Mahathir jadi PM, kenaikan hanya 10 % sahaja. Tidak pernah timbul masalah begini.
3. Sepatutnya hanya guru 2941 yang tidak sempat menikmati timebased yang dapat, tetapi apa berlaku, guru dah dapat timebased 32 juga dapat. Perbezaan gaji makin parah
4. Belum lagi selesai isu timebased 22 tahun ke 10 tahun, pendek lagi ke 8 tahun, apa nak jadi keadaan semakin haru-biru. Jurang perbezaan makin jauh dan nampaknya sampai pencen pun tidak terkejar guru-guru DG3241.

Penyelesaiannya ( cadangan )

1. Guru-guru DG2941 yang telah cukup 10 tahun untuk timebased pada 2012, diberi extra 2 tahun untuk digunakan bagi timebased DG44. Olehitu timebased mereka hanya 6 tahun sahaja.
2. Bagi guru-guru dg2941 yang belajar melalui PKPG / universiti sepenuh masa, pinjaman PTPTN mereka dikurangkan sehingga menjadi 25% sahaja, seperti pelajar OUM / PJJ yang hanya perlu membayar RM 5,000 sahaja

1 comment:

  1. Salam...
    saya adalah guru yang mengalami nasib yang serupa. Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah menteri pelajaran Mahdzir Khalid nampaknya lebih banyak dan serius menjaga kebajikan guru. Syabas dan terima kasih kepada dato' Mahdzir. Bahkan Timb. Perdana Menteri Dato'Zahid Hamidi menyatakan guru harus mempunyai gaji yang lebih tinggi berbanding penjawat awam lain. Ini adalah masa yang baik untuk mengetengahkan nasib guru dg2941 kepada KPM dan TPM dan minta nasib guru dg2941 diberi pembelaan.

    ReplyDelete