KRONOLOGI SEBELUM TURUNYA NABI ISA
1. Pembunuhan khalifah Islam-(Mungkin Raja Arab Saudi)
2
Tempat Yang Mungkin Akan Turunnya Nabi Isa
![]() |
Masjid Umawi |
Sabda Nabi Muhammad:
“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Dimasyq dengan mengenakan dua helai pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua Malaikat. Bila ia menundukkan kepala, maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti akan meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu nabi Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian nabi Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di Syurga..”
(Sumber hadis :
Sahih Muslim, Kitab al-Fitan wa Asyrathis Sa ‘ah, Bab Zikr ad-Dajjal 18:
67-68)
Ibnu Katsir
menyebut, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya nabi Isa, iaitu di
menara putih bahagian timur Dimasyq. Dan dalam beberapa kitab yang kami baca,
nabi Isa turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Dimasyq, dan ini
merupakan pendapat yang lebih terpelihara.
Kerana di Dimasyq,
tidak dikenali menara di bahagian timur selain daripada di sebelah Masjid Jami’
Umawi, Dimasyq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana beliau
turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin
berkata kepada beliau, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami
solat.”
Kemudian beliau
menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, kerana iqamat tadi dilaungkan untuk
kalian.”
Kesimpulannya, sedar ataupun tidak kita
sekarang ini telah pun berada di pengakhiran zaman. Maka bersedialah dari setiap
sudut, kerana apa yang berlaku di Syria mahupun diseluruh dunia ia menandakan
dunia telah berada di pengakhirannya.
Berusahalah untuk menambahkan ilmu berkenaan ilmu agama, dekatkan diri kepada Allah, berikanlah sokongan kepada golongan yang ingin tegakkan Islam di muka bumi ini dan berusahalah untuk mengajak mereka yang masih leka dengan dunia agar kembali kepada Islam. Sama-sama doa agar Allah memelihara kita daripada fitnah Dajjal dan juga fitnah akhir zaman ini.
Wallahua’lam
Sumber: Open Minda
No comments:
Post a Comment