Menurut
sumber Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Mahkamah
Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam
(Murtad) dari tahun 2000 hingga 2010 di Dewan Rakyat.
Perkara
itu di timbul dan di tanya menerusi soalan lisan daripada Er Teck Hwa
(DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad
bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri
sepanjang sedekad yang lalu.
Dan
di samping itu, Er Teck Hwa juga memohon penjelasan kerajaan mengenai
cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Datuk
Seri Jamil Khir Baharom dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang
dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah168 individu
yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun
perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah
yang dikira oleh media pembangkang.
Mengikut
kiraan media pembangkang iaitu Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad
adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah135 orang.
Mengikut
data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu
seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.
Menerusi
info itu juga diketahui sejumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang
terbesar adalah di Sabah, sebanyak 238, Negeri Sembilan 172, Selangor 99 dan
Perak pula sebanyak 47.
Bagaimanapun,
tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
“Dalam
menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan
program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di
kalangan saudara-saudara baru.
“Antara
program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat, ziarah
dan lawatan ke rumah, aktiviti pengukuhan agama, kelas pengajian agama, dan
sokongan Baitulmal,” kata Jamil.-
Kredit Alkelantani
No comments:
Post a Comment