Thursday 8 November 2012

CATATAN PENGALAMAN 2

          Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan yang akan mula bercuti pada 8 November dan akan dibuka semula pada tahun depan. Tahun ini nampaknya aku "bernasib baik" kerana terpilih mengawas peperiksaan SPM yang bermula 5 November-6 December disebuah sekolah antara yang terbaik di negeri ini. Rata-rata guru yang terpilih mengawas SPM menunjukkan  sikap kerna terpaksa dan setelah gagal "menjual" pada rakan maka datanglah dengan separarela demi tugas. Biasanya aku hanya mengawas PMR sahaja dan aku suka kerana tempohnya pendek dan dalam waktu persekolahan. Nampaknya tahun ini aku naik pangkat skit dan berdasarkan maklumat PPD nama guru pengawas dicalonkan oleh pihak sekolah. Tempoh bertugas cuma 11 hari sahaja tetapi kerana kesenggangan masa pelbagai cuti, maka ianya kelihatan seperti sebulan.
        
       Nampaknya negara kita dipenuhi dengan pelbagai isu seperti penceraian Chef Rizt dengan Ana Dahlia, Kekalahan Malaysia kepada Thailand 2-0 setelah ditewaskan Vietnam 1-0 menyebabkan ranking menurun ke167 dan isu kebebasan beragama Agama oleh Nurul Izzah telah dimanipulasikan oleh BN untuk PRU 13. Sekarang hati aku agak teruja sejak mempunyai blog sendiri (baru 2 minggu) dan masih banyak perlu dipelajari untuk memperkemaskan blog dan aku akan menjadikan blog ini sebagai sumber rujukan aku sendiri (terutamanya) dan berkongsi dengan orang ramai yang mahu mengetahui isu-isu yang berlingkar dimindaku hasil explore melalui blog-blog dan laman internet. Minat aku mempunyai blog sendiri tercetus hasil sikap aku suka melayari internet dan memperolehi pelbagai maklumat yang berguna sebagai panduan dan ilmu. Pada peringkat awal ini blog aku akan diisi dengan maklumat daripada blog lain dengan kredit diber,i InsyaAllah akan dikemaskini dan ditambah dengan pandangan sendiri pada masa depan. Terima kasih kepada Cik gu Saliza yang sudi menurunkan ilmu blogger dan budi Puan hanya Allah yang dapat membalasnya.

   
                           Saya mengakhiri coretan ini dengan serangkap pantun 2 kerat
                             Daun selasih ubi kayu, terima kasih thanks You.


                                
         
         

No comments:

Post a Comment