Sunday 4 November 2012

CATATAN PENGALAMAN SEMALAM

Semalam sedang aku bersantai melayari blog tetiba sahaja aku terpandang berita Jamuan Rakyat yang akan diadakan diperkarangan stadium sempena kemenangan tribel pasukan Red Warrior. Semangat "Gomo kelate gomo" terus menerpa dalam jiwaku untuk menikmati jamuan tersebut. Belum Jam 12 tengah hari kami terpacak kat stadium bersama keluarga. Tetapi aku heran kerana suasana jamuan tidak wujud walhal berita itu ku perolehi daripada harakah serta Berita Harian.Setelah menunggu 15 minit aku pun pulang dan terus ke Istana Kubang Kerian untuk menyaksikan Expo Maik berkaitan dengan Sejarah Islam. Expo itu diadakan di dua tempat berasingan , satu didalam istana dengan setiap pengunjung akan diberi beg plastik bagi membawa sepatu masing-masing maklumlah lantainya dilapisi dengan permaidani yang tebal. Terdapat beberapa barangan seperti pedang Nabi yang begitu menarik perhatian orang ramai. Aku terperasan kenapa disetiap hujung pedang terdapat cabang dan apakah fungsinya. Apabila aku membaca catatan barulah ku tahu  fungsinya adalah untuk menangkis serangan.Balik beli nasi Sumatera walau pun target asal nasi red Warrior....sekian

No comments:

Post a Comment