Doa agar saham yang kita pilih itu betul,berkat dan menguntungkan


Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada muslimin dan muslimat semua
juga di ucapkan selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda kesemuanya.Baik kita bertemu kembali di blog saya ini untuk berkongsi tentang sepotong doa yang pada saya ianya amat baik dan mujarab di amalkan bagi bakal pelabur saham,unit amanah, atau pelaburan yang lain semoga apa kita laburkan itu adalah betul dan mendatangkan keberkatan dan kebahagian kepada kita semua.
Apabila kita melabur di dalam Stock Market kita sebagai pelabur muslim akan mejurus kepada saham-saham yang halal dan patuh syariah serta tiada unsur-insur bukan halal seperti arak,judi, riba dan meragukan,malahan kita berdoa kepada Allah SWT supaya portfolio saham pelaburan kita itu akan menguntungkan dan pada masa yang sama mengelakkan dari risiko rugi dan sebagainya dan yang penting saham yang kita labur itu mendapat perkenan dan keredhaan dari Allah SWT .Saham yang halal yakni yang patuh syariah ini amat penting sebab apa yang kita buat dan laburkan akan menjadi darah daging kita dan hasil pada pelaburan itu kita juga akan digunakan pada pelbagai keperluan yang lain,sesuai dengan hadis Nabi SAW yang menyebut
“Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka nerakalah yang utama baginya”
Setelah kita menganilisis saham yang ingin kita beli atau sudah beli sebaiknya selepas solat wajib 5 waktu yang di mana pada waktu itu kesemua doa-doa di makbulkan Allah SWT(InSYAllah),kita digalakkan membaca doa dari Al Quran iaitu dari Surah Al Isra’ ayat 80 yang di petik seperti berikut yang bermaksud:

Dan katakan’YA Tuhanku,masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepada aku dari Sisi Engkau kekuasaan yang menolong’.
Doa tersebut di gunakan apabila kita memiliki saham dan juga boleh digunakan di dalam berbagai urusan lain.Pengunaan doa-doa dari Al Quran sebenarnya bukan mutlak untuk tujuan tertentu.jadi gunakan doa ini memantapkan proses pemahaman saham kita serta mendapat keredhaan dari Allah SWT,antara tujuan doa ini digunakan ialah
1)Pelaburan yang kita laburkan adalah betul
Setelah kita melabur di dalam saham yang kita miliki dan saham yang kita miliki tersebut pada rasa kita betul dan selaras dengan kehendak syariah serta kena dengan matlamat pelaburan kita,maka kita memohon kepada Allah SWT agar pilihan saham kita itu betul dan setiap pelabur yang memiliki saham yang di kehendaki akan menyebabkan kita merasa selamat dan sejahtera kerana kita sandarkan Allah SWT sebagai penentu segala keputusan dan keadaan.
2)Apilikasi Tawakkal
Pernah kah kita apabila kita membaca Al Quran kita akan berjumpa ayat yang bermaksud
“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang bertawakkal”
maksud di sini ialah dengan mengamalkan doa tersebut seseorang pelabur itu akan menyerahkan urusan rezeki pelaburan tersebut kepada Allah Tuhan sekalian alam,akan tetapi sebelum melakukan pelaburan segala ikhtiar telah di ambil dengan menganilisis dahulu,berbincang dengan orang yang pakar dan akhir sekali kita membeli saham tersebut setelah kita beristikharah terlebih dahulu,sebagaimana yang di sebut oleh Nabi SAW bahawa
“Tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dan tidak akan rugi orang beristikharah”

Maka sebagai pelabur muslim seharusnya mengambil kesempatan dan pedoman dari hadis di atas.
3)mohon jaminan dari Allah SWT.
Tiada jaminan yang mutlak selain dari Allah SWT,kita mengharap yang sebenar-benarnya Allah sahaja yang menguasai dan menjamin rezeki setiap hambanya sebagimana di sebut di dalam Surah Hud ayat 56
“ Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah,Tuhanku dan Tuhan kamu!Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya.Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus”
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa setiap pergerakan ,rezeki dan segalanya hanya Allah sahaja yang menanggungNYA,jadi sebagai pelabur mukmin,soal untung dan rugi adalah nombor dua dan ayat tersebut sebagai pengingat kepada pelabur semuanya yang saham yang kita beli itu akan di jamin oleh Allah SWT dari segi kebaikan,keuntungan dan sebagainya.InSyAllah
Jesteru,sebagai sorang pelabur yang ingin sahamnya terus maju dan terus meningkat naik,doa dari Surah Al Isra; dia atas adalah sebagai pelancar proses pelaburan,pengingat akan kekuasaan Allah SWT yang menguasai segalanya serta petunjuk kepada orang beriman jadi gunakan lah doa di atas sebagi senjata yang ampuh untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan saham anda!