Wednesday 7 November 2012

MEMAHAMI ISU SEMASA DARI SUDUT PANDANGAN ULAMAK MUKTABAR


Kadang kala kita terkeliru untuk mengambil satu pendirian apabila timbul sesuatu isu baik baik yang bersifat local maupun antabangsa. Dengan pelbagai pandangan dan hujah yang berkontrary, menjadikan kita semakin keliru. Maka disini kita perlu merujuk kepada ulama yang thikah dan Syikah dalam pendirian yang mana pendiriannya adalah merupakan pendirian kita.

Dipetik dari Ahmad seeker

Monday, 29 October 2012


Yusuf al-Qaradhawi dan kebangkitan rakyat (Bahagian 1)



TENTANG BUKU

Judul: Yusuf al-Qaradhawi dan kebangkitan rakyat
Terbitan : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Bil. Halaman: +/- 300
Intipati: Himpunan pemikiran, pendirian, kenyataan, khutbah dan fatwa Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi sekitar Revolusi Mesir bermula 25 Januari 2011 yang lalu.




Yusuf al-Qaradhawi dan kebangkitan rakyat (Bahagian 1) - Muqaddimah

[1] DEMONTRASI ADALAH HARAM..HARAM..HARAM (pg - xvii)
Para pemuda telah turun semula ke dataran Tahrir selepas mendengar fatwa Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila sebelumnya tersebar luas fatwa pengharaman anak-anak muda daripada berkumpul di dataran itu.
Kata mereka kepada Syeikh..

“Pada hari Jumaat 11 februari – ketika orang ramai berputus asa setelah mendengar ucapan Mubarak – ketika itu kami melihat dan mendengar khutbah tuan di skrin layar yang dipasang di dataran, tuan bersumpah bahawa revolusi ini pasti berjaya, berlandaskan firman Allah swt”: (Surah as-Saaffaat 37:172-173)

“Ucapan ini telah menusuk ke jiwa kami bahawa revolusi ini pasti berjaya.”
“Kami masih ingat ucapan tuan yang pertama kali kepada Mubarak pada awal-awal revolusi, dengan tegas tuan berkata: Pergilah kamu wahai Mubarak dengan kedua-dua kakimu, sebelum rakyat memaksa kamu pergi dengan apa cara sekalipun.”

[2] PENDIRIAN SYEIKH DR. YUSUF AL-QARADHAWI (pg – xx)
Pengkaji dan pemerhati revolusi telah sedar sejak awal lagi bahawa perkara yang paling berbahaya sekali adalah kenyataan yang digembar-gemburkan oleh badan-badan rasmi agama yang mengelirukan. Mereka melemparkan beberapa tohmahan bahawa revolusi adalah pemberontakkan terhadap pemimpin syar’i, menyeru kearah fitnah, menimbulkan kekacauan dan membawa idea-idea khawarij.

Kata Syeikh Yusuf al-Qaradhawi (pg – xxi)
“.., saya sangat mempertahankan pemuda-pemuda revolusi dan mengiktiraf hak mereka menunjuk perasaan secara aman. Ini adalah sejenis jihad dengan kalimah sebagaimana sabda Nabi: Sebaik-baik jihad adalah menyatakan kebenaran pada penguasa zalim. ” – riwayat Imam Ahmad 18828

[3] PERANGAI SEBENAR ULAMAK-ULAMAK PENGAMPU DAN PEMBODEK (pg – xxix)
Pemuda-pemuda revolusi memberitahu saya bahawa ada golongan yang bercakap atas nama agama masih mendokong penzalim-penzalim dan konco-konconya sehingga ke hari akhir, malah ada yang berkata: “Hosni Mubarak Hafizohullah (semoga dipelihara Allah), Habib Adili, semoga berterusan jagaan Allah padanya!”

Yang peliknya, pada hari berikutnya setelah kejatuhan Si Thagut itu, golongan ini cepat-cepat meninggalkan baju pembodek dan pengetuk gendang kepada Firaun dan Haman, memakai baju lain pula dan masuk ke dataran Tahrir seolah-olah mereka sebahagian daripada penggerak revolusi.
Wallahua’lam
[4] RISIKO YANG DIAMBIL OLEH SYEIKH DR. YUSUF AL-QARADHAWI (pg – xxxi)
Beberapa orang yang saya kenali telah mengingatkan ketika Revolusi Mesir bahawa saya telah mempertaruhkan diri saya dan masa depan saya pada suatu perkara yang tidak diketahui. Kalau-kalaulah revolusi ini tidak berjaya atau gagal, pasti saya dalam bahaya.

Saya berkata kepada teman saya, "Perkara ini saya anggap perkara dasar dan nila, bukan perkara maslahat dan boleh tawar-menawar." Sunggguh akhirnya kebenaran berpihak kepada saya, saya tidak akan mengenepikan kebenaran walaupun terpaksa menghabiskan umur saya padanya,.."

Yang memohon keampunan tuhannya,
Yusuf al-Qaradhawi
Rejab 1431/Mei 2011

No comments:

Post a Comment