Friday, 23 November 2012

KALAU TAK BOLEH BUAT SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA

‎(◕‿◕) Pesan Rasulullah saw Pada Abu Dzar (◕‿◕)

Dari Abu Dzar ra. berkata, "Kekasihku, Rasulullah saw. berpesan kepadaku dengan tujuh perkara,;

(1) Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekati mereka,
...
(2) Menyuruh aku melihat kepada orang yang berada di bawahku & tidak melihat kepada orang yang berada di atasku,
(3) Menyuruh aku menjaga silaturahim walaupun mereka berlaku kasar kepada ku,
(4) Banyakkan ucapan "LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH",
(5) Mengatakan kebenaran walaupun pahit,
(6) Jangan takut celaan orang ketika berdakwah,
(7) Jangan meminta sesuatu apa pun dari manusia”.

(HR Imam Ahmad)
 
 
 
Nur Zalie
Jaa Scocter
Rara Farah
Nur Akmilah
Reli Ismail
Type any name to tag:
Taip sebarang nama
Tandakan Gambar
Klik pada gambar untuk mula menanda.Selesai Menanda
Seret bucu kotak lutsinar di atas untuk memangkas foto ini menjadi gambar profil anda. Pemangkasan Selesai | Batal
Saving your new profile picture

Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah SAW telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari tersebut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali....
..dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dgn selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Yaa'kub dpt melihat kembali selepas drpd menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Ibnu `Abbas Radhiallaahu `anhu menceritakan : "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam tiba di Madinah, lalu Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari `Asyura' (10 Muharram), baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya: "Hari apakah ini?" Mereka menjawab: "Ini adalah hari yang baik. Ini adalah hari dimana ALLAH menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa 'alaihis salam berpuasa pada hari itu kerana syukur kepada ALLAH. Dan kami berpuasa pada hari itu untuk mengagungkannya." Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku lebih berhak ke atas Musa daripada kamu", maka Nabi berpuasa Asyura' dan memerintahkan puasa, maka kami akan berpuasa pada hari itu sebagai bentuk pengagungan kami terhadap hari itu." Hadith ini diriwayatkan Al Bukhari 4/244, 6/429, 7/274, Muslim 2/795, Abu Daud 2444, Nasa’i dalam Al-Kubra 2/318, 319, Ahmad 1/291, 310, Abdurrazaq 4/288, Ibnu Majah 1734, Baihaqi 4/286, Al-Humaidi 515, At-Toyalisi 928.

Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim)

Sabda Rasulullah SAW :
“Puasa yang paling afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan ALLAH yang diharamkan (Muharram). Solat yang paling afdhal selepas solat fardu ialah solat malam ”. (Riwayat Muslim (1163).

Ibnu Abbas radhiallahu ’anhuma berkata bahawa ketika Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam melakukan puasa hari `Asyura’ dan memerintahkan kaum muslimin untuk melakukannya, pada saat itu ada yang berkata, “Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Kristian.” Lantas Baginda mengatakan, “Apabila tiba tahun hadapan, insyaAllah (jika Allah menghendaki) kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas mengatakan, “Belum sampai tahun hadapan, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam telah meninggal dunia.”
(HR. Muslim no. 1134)
 

No comments:

Post a Comment