KESAN APABILA SEORANG PENJAWAT AWAM DITANGKAP BERKHALWAT
Kes Khalwat “Peringkat Tertinggi” Kementerian Kesihatan Malaysia. Berikan Mereka Peluang Kedua!!
Published on November 19, 2012
Utusan Malaysia baru-baru ini di dalam akhbar Mingguan Malaysia menerusi nukilan Awang Selamat mengharapkan orang ramai & termasuklah juga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan peluang kedua kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman kerana Awang Selamat merasakan :
- Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman seorang yang bertangungjawab & mengaku terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.
- Kedua, dengan sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia ini, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman ini tanpa memberikan sebarang alasan, Awang Selamat merasakan Ketua Pengarah ini mempunyai sikap yang mulia
- Ketiga, oleh sebab itulah Awang Selamat menerusi nukilannya merasakan anda, anda, anda semua di sini patut memberikan peluang kepada Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman
- Dan paling kami tertarik kenyataan Awang selamat yang merasakan masih ada lagi pemimpin yang lebih teruk perangainya tetapi tidak mahu mengaku kesalahannya. Siapakah pemimpin yang dimaksudkan Awang Selamat. Main teka-teki pula…..
Dijangka kalangan PTD peringkat teringgi akan tentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan (SKIM U – Perubatan- jawatan tertinggi dalam skim Perubatan).
- Ketua Setiausaha Negara (KSN) (PTD) - Datuk Seri Dr Ali Hamsa
- Pengerusi SPA (PTD) – Tan Sri Mahmood Adam dan…
- Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia KMM (PTD)
Mereka-mereka ini akan akan tentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman (56 tahun) & juga jururawat gred 41, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan (35 tahun) dalam satu mesyuarat tatatertib di Sabah pada hari ini mengikut mengikut prosiding jenayah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Enam tindakan yang boleh diambil terhadap mereka termasuk :
- diberikan amaran
- diturun pangkat
- ditahan kenaikan gaji
- hilang enrolmen
- ditahan kerja
- dipecat
No comments:
Post a Comment