Saturday, 17 November 2012

DOA PELABURAN

Doa agar saham yang kita pilih itu betul,berkat dan menguntungkan


Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada muslimin dan muslimat semua
juga di ucapkan selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga baginda kesemuanya.Baik kita bertemu kembali di blog saya ini untuk berkongsi tentang sepotong doa yang pada saya ianya amat baik dan mujarab di amalkan bagi bakal pelabur saham,unit amanah, atau pelaburan yang lain semoga apa kita laburkan itu adalah betul dan mendatangkan keberkatan dan kebahagian kepada kita semua.
Apabila kita melabur di dalam Stock Market kita sebagai pelabur muslim akan mejurus kepada saham-saham yang halal dan patuh syariah serta tiada unsur-insur bukan halal seperti arak,judi, riba dan meragukan,malahan kita berdoa kepada Allah SWT supaya portfolio saham pelaburan kita itu akan menguntungkan dan pada masa yang sama mengelakkan dari risiko rugi dan sebagainya dan yang penting saham yang kita labur itu mendapat perkenan dan keredhaan dari Allah SWT .Saham yang halal yakni yang patuh syariah ini amat penting sebab apa yang kita buat dan laburkan akan menjadi darah daging kita dan hasil pada pelaburan itu kita juga akan digunakan pada pelbagai keperluan yang lain,sesuai dengan hadis Nabi SAW yang menyebut
“Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka nerakalah yang utama baginya”
Setelah kita menganilisis saham yang ingin kita beli atau sudah beli sebaiknya selepas solat wajib 5 waktu yang di mana pada waktu itu kesemua doa-doa di makbulkan Allah SWT(InSYAllah),kita digalakkan membaca doa dari Al Quran iaitu dari Surah Al Isra’ ayat 80 yang di petik seperti berikut yang bermaksud:

Dan katakan’YA Tuhanku,masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepada aku dari Sisi Engkau kekuasaan yang menolong’.
Doa tersebut di gunakan apabila kita memiliki saham dan juga boleh digunakan di dalam berbagai urusan lain.Pengunaan doa-doa dari Al Quran sebenarnya bukan mutlak untuk tujuan tertentu.jadi gunakan doa ini memantapkan proses pemahaman saham kita serta mendapat keredhaan dari Allah SWT,antara tujuan doa ini digunakan ialah
1)Pelaburan yang kita laburkan adalah betul
Setelah kita melabur di dalam saham yang kita miliki dan saham yang kita miliki tersebut pada rasa kita betul dan selaras dengan kehendak syariah serta kena dengan matlamat pelaburan kita,maka kita memohon kepada Allah SWT agar pilihan saham kita itu betul dan setiap pelabur yang memiliki saham yang di kehendaki akan menyebabkan kita merasa selamat dan sejahtera kerana kita sandarkan Allah SWT sebagai penentu segala keputusan dan keadaan.
2)Apilikasi Tawakkal
Pernah kah kita apabila kita membaca Al Quran kita akan berjumpa ayat yang bermaksud
“Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang bertawakkal”
maksud di sini ialah dengan mengamalkan doa tersebut seseorang pelabur itu akan menyerahkan urusan rezeki pelaburan tersebut kepada Allah Tuhan sekalian alam,akan tetapi sebelum melakukan pelaburan segala ikhtiar telah di ambil dengan menganilisis dahulu,berbincang dengan orang yang pakar dan akhir sekali kita membeli saham tersebut setelah kita beristikharah terlebih dahulu,sebagaimana yang di sebut oleh Nabi SAW bahawa
“Tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dan tidak akan rugi orang beristikharah”

Maka sebagai pelabur muslim seharusnya mengambil kesempatan dan pedoman dari hadis di atas.
3)mohon jaminan dari Allah SWT.
Tiada jaminan yang mutlak selain dari Allah SWT,kita mengharap yang sebenar-benarnya Allah sahaja yang menguasai dan menjamin rezeki setiap hambanya sebagimana di sebut di dalam Surah Hud ayat 56
“ Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah,Tuhanku dan Tuhan kamu!Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya.Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus”
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa setiap pergerakan ,rezeki dan segalanya hanya Allah sahaja yang menanggungNYA,jadi sebagai pelabur mukmin,soal untung dan rugi adalah nombor dua dan ayat tersebut sebagai pengingat kepada pelabur semuanya yang saham yang kita beli itu akan di jamin oleh Allah SWT dari segi kebaikan,keuntungan dan sebagainya.InSyAllah
Jesteru,sebagai sorang pelabur yang ingin sahamnya terus maju dan terus meningkat naik,doa dari Surah Al Isra; dia atas adalah sebagai pelancar proses pelaburan,pengingat akan kekuasaan Allah SWT yang menguasai segalanya serta petunjuk kepada orang beriman jadi gunakan lah doa di atas sebagi senjata yang ampuh untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan saham anda!
Kredit BELAJAR STOCK MARKET

PETUA JUTAWAN

Rahsia Menjadi Kaya Gaya Robert Kiyosaki



Saya ada sedikit tips yang nak dikongsi disini. Tips ini saya belajar daripada Robert Kiyosaki, multi-billionair yang terkenal di dunia. Tips yang agak sempoi tapi berkesan… ” Rahsia untuk mengukuhkan kedudukan kewangan anda adalah… BUKAN dengan memperolehi wang berbakul-bakul banyaknya… BUKAN dengan mendapatkan pekerjaan yang membayar gaji besar kepada anda… BUKAN dengan menonjolkan diri menggunakan kereta mewah, rumah besar atau bini besar (ho..ho..ho..) TETAPI… apa yang penting… anda mesti tahu PERBEZAAN di antara ASET dan LIABILI. Hiduplah dengan membeli ASET dan kurangkan LIABILITI anda. InsyaAllah… Dengan berbuat begini, “tahap kewangan” anda akan menjadi semakin kukuh berbanding orang lain

        

Rahsia Menjadi Kaya Gaya Robert Kiyosaki



Saya ada sedikit tips yang nak dikongsi disini. Tips ini saya belajar daripada Robert Kiyosaki, multi-billionair yang terkenal di dunia. Tips yang agak sempoi tapi berkesan… ” Rahsia untuk mengukuhkan kedudukan kewangan anda adalah… BUKAN dengan memperolehi wang berbakul-bakul banyaknya… BUKAN dengan mendapatkan pekerjaan yang membayar gaji besar kepada anda… BUKAN dengan menonjolkan diri menggunakan kereta mewah, rumah besar atau bini besar (ho..ho..ho..) TETAPI… apa yang penting… anda mesti tahu PERBEZAAN di antara ASET dan LIABILI. Hiduplah dengan membeli ASET dan kurangkan LIABILITI anda. InsyaAllah… Dengan berbuat begini, “tahap kewangan” anda akan menjadi semakin kukuh berbanding orang lain

PELABURAN EMAS FIZIKAL

1. Pelabur emas fizikal sudah hilang keyakinan ke atas pelaburan yang dilakukan mengikut pudarnya harga emas yang merudum mulai bulan September 2011.
2. Terdapat persamaan patern emas fizikal yang sama dijaja oleh dealer dan harga dari kepelbagaian company.3. Aktiviti cantas-mencantas dalam kalangan dealer-dealer antara company juga menjadi racun dalam biz emas fizikal.
4. Pasaran emas fizikal sudah memasuki pusingan tepu apabila kebanyakan emas fizikal beku dalam simpanan peribadi bukan kerana mahu menyimpan untuk jangkapanjang tetapi kerana sukar untuk diniagakan mengikut harga kompentitif.
5. Kekecewaan atas pembelian emas menggunakan pinjaman bank atau sistem pajakan memakan diri diakhir tempoh pajakan apabila wang pajakan dan upah simpan gagal dilunaskan.
6. Kekecewaan ke atas hilangnya dealer-dealer yang menabur janji dan harapan yang tinggi disaat-saat pelabur memerlukan khidmat nasihat sangat menyayatkan hati.
7. Serbuan-serbuan yang memang dijangka oleh pihak berkuasa ke premis-premis perniagaan emas yang tidak membayar cukai juga menambahkan lagi kesuraman transaksi emas fizikal masa kini.
8. Kebanyakan company pelaburan emas hanya menceritakan kelebihan menyimpan emas milik company masing-masing, tetapi umumnya gagal menjelaskan secara terperinci apa akan jadi dengan emas dibeli apabila company tutup secara tiba-tiba.
Dalam kes ini pelabur-pelabur terkapai-kapai apabila merujuk kes mereka dengan Pendita Emas, Pendita Emas tiada kompromi mengambil emas mereka dengan harga emas terpakai/harga kilang.
Kaedah ini perlu dijelaskan bahawa mana-mana emas fizikal yang mempunyai logo sesebuah company emas di Malaysia maka akan diambil dengan potongan harga 20% hingga 30%.
9. Pelabur-pelabur yang termakan dengan ayat-ayat power dan emcem dalam pelaburan emas fizikal merasa seperti tertipu apabila pelaburan diharapkan memberi pulangan profit dalam masa singkat indah khabar dari rupa.
Cadangan untuk pelabur emas fizikal mulai hari ini:
1. Miliki dan simpan sahaja emas fizikal yang dimiliki samada tiada jenama atau pelbagai jenama dimana sahaja lokasi.
2. Jika ada emas fizikal tersangkut dalam pajakan gunakan kaedah 5T, 5R dan 5K.
3. Jadikan dealer-dealer company lain sebagai sohabat dan rakan niaga mana tahu suatu hari nanti dealer-dealer berkenaan menjadi rakan network kita baik dalam menjual dan membeli balik emas fizikal yang terjual.
4. Ubah minda kita kepada pemikiran positif iaitu melabur dalam emas fizikal nie umpama satu tanggungjawab dan ibadah. Jadikan emas fizikal milik kita adalah hak milik kebersamaan.
5. Bayar cukai, penyediaan resit, invois sangat dialu-alukan.
6. Jadikan rakan-rakan yang membeli emas fizikal kita sebagai rakan rapat kita

Kredit Malaysia hari ini

Friday, 16 November 2012

STPM 2012

54,697 Duduki STPM Mulai Isnin
KUALA LUMPUR: Seramai 54,697 calon akan menduduki peperikasaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara dari 19 November ini hingga 13 Disember depan.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan Jumaat menyebut, daripada jumlah itu, seramai 49,163 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,186 calon sekolah swasta, 4,224 calon persendirian individu dan 124 calon sekolah kerajaan negeri.
"Mereka merupakan calon kohort terakhir yang akan menduduki peperiksaan STPM sedia ada.
"Calon kohort pertama peperiksaan STPM berdasarkan sistem pentaksiran baharu STPM telah pun menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 mereka pada 5 hingga 8 November lepas," kata MPM.
Kesemua calon dinasihati supaya sentiasa membawa kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung dan digalakkan untuk menyemak nama pusat peperiksaan yang akan mereka duduki.
Calon juga boleh mencetak LPKC masing-masing melalui portal MPM di http://www.mpm.edu.my.
Sekiranya berlaku sebarang bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh sehingga menyebabkan calon menghadapi kesukaran untuk sampai ke pusat peperiksaan, mereka dinasihati pergi ke pusat peperiksaan berdekatan untuk menduduki kertas peperiksaan pada hari tersebut.
MPM juga membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi di talian 03-61302666, 03-61369663, 03-61302664 atau 03-61302646 dari 7 pagi hingga 6 petang. - BERNAMA

BERITA BAIK BAGI PENGEMAR KOPI

Khasiat dan Kebaikan Kopi

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selepas madu dan susu. Cuba lihat Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia. Di US sahaja misalnya, 107 juta orang (52% daripada jumlah penduduk) meminum kopi secara rutin harian. 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu. Mari kita lihat kebaikan kopi :-
1-Kandungan kafein dalam kopi
Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.
Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.
2-Kopi bergula meningkatkan prestasi otak
Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.
3-Kandungan Antioksida dalam kopi
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.
Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.
Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. “Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif. Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar. “Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson

AIR YANG TENANG JANGAN SANGKA TAK ADA BUAYA

Cubaan Mencuri Jasad Rasulullah



Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang-orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.
Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang.
Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.
Selanjutnya, suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak sangat risau, seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal ini, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya beberapa malam yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.
idak seorang pun yang diberitahu tentang mimpi itu, dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah SAW. Kerana beliau sendiri telah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku di waktu bangun, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku.” Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu sehubungan dengan peperangan. “Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tapi mengapa kali ini baginda kelihatan amat sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu? Mimpi ini berulang dehingga tiga kali.
Selepas solat Subuh di pagi hari Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat wara’, taqwa dan amanah seperti Rajanya juga.
“Engkau adalah orang yang paling ku percaya untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku padamu,” kata Raja kepada Jamaluddin dan menceritakan mimpi yang dialaminya. Jamaluddin mendengarkan dengan serius. Ia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata: “Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah. Menurut pendapat hamba, ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.”
Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuannya setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin.
Baginda raja telah berangkat sendiri ke Kota Madinah bersama menteri yang sangat dipercayainya dan pengikut-pengikutnya. Setelah sampai baginda raja telah singgah mengerjakan solat di masjid Quba’, rombongan diraja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia inilah jenazah yang teramat mulia Rasulullah SAW bersemadi. raja berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dengan berkata: “Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapa pun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka.” Berkata gabenor Madinah: “Baik tuanku, segala titah raja akan dijalankan.” Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah. Maka keluarlah semua penduduk Madinah untuk bertemu dengan baginda raja.
Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Berkata Raja, Nuruddin: “Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”
Raja Nuruddin berkata: “Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?” Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: “Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”
Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti sama ada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang-terang. Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.” Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.
Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. Raja Nuruddin serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawwuf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawwufan mereka.
Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.
Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?” Berkata raja Nuruddin: “Ya, sudah.” Jamaluddin bertanya: “Yang mana satu tuanku?” Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.” Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin: “Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?”
Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat.”
Berkata Raja Nuruddin: “Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.”
Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi: “Apakah yang harus kita lakukan?” Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.
Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja. Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”
Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.
Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.
Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.
Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.
Wallahuallam..
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasullullah SAW

Kredit blog ammar

ADAKAH ANDA OBESITY

Cara Kira Berat Indeks Tubuh Anda (BMI)

oleh Online Biz Shop pada pada 12hb Ogos 2012 pukul 1.59 pagi ·
Ramai yang masih tidak lagi mengetahui cara sebenar dalam pengiraan jisim tubuh (BMI). Pengiraan ini penting sebagai salah satu kayu ukur kita bagi memastikan berat badan kita tidak berlebihan.

Berlebihan berat badan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri. Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.



Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi – Indeks Jisim Tubuh (BMI): Berat tubuh badan (KG) bahagi

Ketinggian (M) kali Ketinggian (M)
Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda, yang mana jawapannya ialah 22.6 Mari lihat carta BMI di bawah. Sekiranya BMI anda :

A* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
B* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal
C* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan
D* 30 dan keatas,anda adalah obesiti

Melayukini.net - Secara normalnya, kita perlu memastikan bahawa BMI kita mencapai antara 20-24.9 bagi mencapai tahap kesihatan jisim tubuh yang baik. Elakkan juga dari makan makanan yang mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi.
Sumber: Awak Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net