Luahan Hati Rakyat Sabah
Umpama 'orang
lain yang berak, orang lain terpalit tahi'
JIKA
INGIN BEDAL, BEDAL SEMUA!
'Seluruh dunia melihat pertemuan Shafie Afdal dengan Sultan
Esmail Kiram. Seluruh dunia tahu bahawa Shafie Afdal mengatur pertemuan keluarga
Kiram dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tiada pula tuduhan terhadap
beliau yang mempunyai kaitan rapat dengan Sultan 'Syaitan' Sulu itu walaupun
dengan terang dan jelas beberapa pengganas yang ditangkap tempoh hari di
Semporna memakai baju BN berlambangkan gambar Shafie
Afdal'
Saturday, March 16, 2013
RAHSIA.....Apa
hubungan Shafie dengan Keluarga DiRaja 'Syaitan' Kiram ini termasuk Datu Akjan
(Sultan Sulu) dan beberapa tokoh Sulu yang begitu berbangga mengabadikan
kenangan bersama
Saudara
Pengarang,
USNO amat kesal dengan
sebilangan besar Pemimpin Bajausuluk yang berada dalam kerajaan UMNO Sabah yang
terus berdiam diri seolah-olahsudah kehilangan akal dan trauma menghadapi dilema
kedaulatan Sabah yang sedang dicabar pada hari ini.
Operasi yang diberi nama 'Ops
Daulat' yang sebelum ini diberi nama 'Ops Sulu' telah membedal habis-habisan
penceroboh atau lebih dikenali Penganas Sulu di Lahad Datu, Semporna, Tawau,
Sandakan dan Kudat menampakkan telah mencapai kejayaan untuk menghalau kumpulan
'Syaitan Kiram III' dari Negara ini.
Sekarang operasi ini terus
berjalan dan membedal penduduk Sabah tidak kira dari kumpulan Tausug Philippines
atau kumpulan Suluk tempatan bagi memastikan keselamatan Negara berada di tahap
yang maksima.
Namun saya tidak ingin
menyentuh panjang lebar mengenai tanggujawab pihak keselamatan kerana perkara
ini di bawah bidang kuasa keselamatan yang telah digariskan dibawa Esscom atau
SSA.
Tetapi Kita tidak ingin
melihat tanggungjawab pemimpin Suluk dan Bajau dalam Kerajaan BN, khasnya UMNO
yang terus trauma dan kehilangan akal dalam persoalan pokok iaitu isu masyarakat
Suluk yang dilihat menghadapi dilemma tanpa pembelaan yang
wajar.
Kawasan Esscom atau SSA dari
Kudat hingga ke Tawau adalah kawasan Majoriti Bajausuluk di mana kawasan ini
juga dilihat sebagai kawasan kubu kuat UMNO di Negeri Sabah.
Namun amat dikesali apabila
dilemma ini berterusan tanpa pembelaan wajar pemimpin Bajausuluk dalam UMNO,
mereka hanya datang dengan tiba-tiba dan menyerang pemimpin pembangkang;
mengaitkan pembangkang dengan pengganas seperti pemimpin MNLF Nur Misuari dan
menuntut siasatan terhadap pemimpin berkenaan.
Anwar Ibrahim nampaknya
dijadikan sasaran oleh Shafie Afdal yang meminta supaya siasatan hendaklah
dilakukan terhadap pemimpin ini yang beliau lihat ada kaitan dengan Nur
Misuari.
Pada masa yang sama
beratus-ratus ribu masyarakat Pantai Timur yang menghadapi dilemma dan trauma
serta ketakutan angkara keselamatan mereka terus terancam; baik ancaman
pengganas atau takut kepada pihak keselamatan, kerana pada bila-bila masa mereka
boleh diheret dan disoal siasat jika ada laporan mengaitkan mereka dengan
pengganas; terutama musuh politik mereka.
Apabila Tun Mahathir melabel
kaum Suluk sebagai ‘Kaum ganas’ dan ‘Pengganas’, tiada seorang pun pemimpin
Bajau atau Suluk dari UMNO Sabah yang bangkit membetulkan persepsi
itu.
TANGKAP.......Salah
seorang yang disyaki ada hubungan dengan pengganas diheret ke Balai Polis di
Semporna. Anehnya kenapa memakai baju Shafie Apdal?
Ahirnya masyarakat Suluk terpalit oleh panggilan itu
yang melebelkannya sebagai operasi menghapuskan 'PENGANAS
SULU'.
Sekali lagi Mahathir mencabar dan ingin menghapuskan
budaya masyarakat Bajausuluk apabila mencadangan supaya Perumahan Kampung Air
atau rumah atas air dihapuskan pada masa akan datang kerana dianggap sebagai
sarang pengganas.
Sekali lagi pemimpin suluk Sabah terus kehilangan
'telur' atau mati akal kerana 'pucuk' mereka dimatikan oleh Mahathir yang
akhirnya akan mati secara kekal dalam UMNO Sabah.
Asakan demi asakan yang dibuat terhadap masyarakat
Bajau dan Suluk pada hari ini gagal difahami oleh pemimpin UMNO suku Bajausuluk
atau mereka sengaja tidak mahu faham kerana takut dan trauma melihat serangan
Bom F18 di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013 lalu.
Penaja USNO kesal dengan kegagalan rumpun-rumpun
Melayu Bajau dan Suluk ini yang dilihat sedang 'DISELLEH BUYUNG MEREKA' oleh
Mahathir tetapi terpaksa mengecutkannya kerana ketakutan yang amat sangat; di
mana akhirnya mengambil jalan menjadi 'barua' UMNO hatta menderhakai bangsa
sendiri.
Seluruh dunia melihat pertemuan Shafie Afdal dengan
Sultan Esmail Kiram. Seluruh dunia tahu bahawa Shafie Afdal mengatur pertemuan
keluarga Kiram dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tiada pula tuduhan
terhadap beliau yang mempunyai kaitan rapat dengan Sultan 'Syaitan' Sulu itu
walaupun dengan terang dan jelas beberapa pengganas yang ditangkap tempoh hari
di Semporna memakai baju BN berlambangkan gambar Shafie
Afdal.
Apakah Adun, MP, Menteri Suluk Bajau dalam UMNO ini
masih relevan untuk mewakili mereka pada masa akan datang?
Di manakah mereka pada hari ini? Di saat bangsa mereka
trauma dan ketakutan, ketakutan kerana dianggap bangsa yang ganas dan perlu
dihapuskan dari muka bumi Sabah sama ada masa depan mereka, budaya mereka dan
martabat mereka.
Tidakkah mereka berasa malu dan rasa bersalah apabila
seorang mantan Ketua Menteri Sabah yang bukan dari keturunan Suluk keluar
bersuara mengenai penganaiyaan bangsa suluk pada hari ini disuarakan oleh Tan
Sri Harris bin Salleh?
Jesteru itu USNO ingin membawa rakyat Sabah khasnya
mesyarakat Bajausuluk atau keturunan Suluk supaya bersatu dan ‘Magbogbog’. Jika
rakyat dan kerajaan BN ingin membedal 'Penganas Suluk', kita juga mesti membedal
Pemimpin Bajau Suluk yang gagal mewakili kita hari ini.
Bukankah mereka gagal melindungi masa hadapan kita,
bangsa kita dan masyarakat kita yang sedang dalam ketakutan dan trauma oleh
serangan bertubi-tubi; baik dari dalam Negara oleh Pemimpin UMNO sendiri
atau luar Negara oleh 'Pengganas Luar' yang mengaku keluarga
Kiram.
Salam Hormat,
ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH
Timbalan Pengerusi Penaja USNO
KREDIT moudweller
No comments:
Post a Comment