Saturday, 29 December 2012

BETULKAN NIAT ANDA


Kisah teladan : " PAHLAWAN NERAKA "

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu.

Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
...
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu.

Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga.

Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang

BAHAYA RIBA DAN KELEBIHAN SALAWAT

~Wajah mayat berubah menjadi himar~

"Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi. "Hai saudara," tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. "Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja."
...
"Saya ada alasan tersendiri," jawab pemuda itu. "Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?

"Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, "Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?" "Maka saya menjawab, "Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?"

"Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama. "Engkau siapa?" tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu. "Saya yang terpilih (Muhammad)." "Saya lantas memegang jarinya dan berkata, "Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh terjadi?"

"Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat. "Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.""

Thursday, 27 December 2012

MESIR BERTUKAR DARI SEKULAR KEPADA ISLAM

MESIR: Islam menang...
Tarikh : Friday, December 28 @ 08:46:02 MYT
Topik : Analisis

petikan forumer : SaKaRaTuLMaUt

MABRUK RAKYAT MESIR...
Terkini dan bersejarah !!

Tahukah anda ?
Esok merupakan hari pertama seorang Presiden Mesir mengetuai negara tanpa kuasa perundangan,

Esok akan menjadi kali pertama hari pertama Presiden Mesir bersama Kerajaan tanpa kuasa perundangan(tidak memiliki kuasa mutlak).

Esok merupakan satu fasa dari beberapa fasa perpindahan kuasa baru buat negara Mesir dan ia berjalan dalam masa yang agak singkat.

Esok juga menyaksikan semua pindaan perlembagaan sebelum ini akan digugurkan.

Esok Mesir merupakan negara bertamadun yang diiktiraf dunia bahawa ia berdiri di atas pilihan rakyatnya hasil undi kepada perlembagaan yang baru.

Presiden Dr Muhammad Mursi telah mengotakan janji beliau dalam proses memasuki pintu sejarah yang lebih luas.

Dan esok Mesir menjadi sebuah negara Madaniah yang sumber perundangannya daripada syariat Islam yang Syumul. petikan forumer mod skuad peninjau:
Ternyata pihak sosialis tak berdaya menahan kemaraan suara kebangkitan Islam di mesir apabila hampir 2/3 suara rakyat menyokong perlembagaan baru mesir.

keputusan ini hampir2 menyamai keputusan pilihanraya untuk parlimen mesir yang lepas, yang mana suara majoriti 2/3 datang daripada Ikhwan dan parti salafi, annur.

Amr Moussa, Mohammad Al Barada'ie, Hashim subhi, dan ramai lagi pemimpin sekular terduduk melihat keputusan referendum. mereka menjangkakan ramainya orang mesir yang berhimpun di dataran tahrir akan diterjemah melalui peti undi,
rupanya majoriti senyap lebih mahu kepada kestabilan di bawah perlembagaan yang berteraskan syariah.

kawan amber yang duduk di iskandariah kata, dia tidak menjangkakan penduduk di situ mengundi 'ya' pada pilihanraya yang lepas selepas melihat ramai keluar ke jalanraya membantah.

rangkaian ikhwan yang sangat tersusun, boleh mengembleng para kader dan penyokong2 untuk keluar mengundi beramai adalah satu perkara yang tak boleh ditandingi oleh pihak liberal/sekular mesir.

disebarkan melalui usrah, melalui sebaran mulut ke mulut oleh para pendukung, termasuk juga galakan pejuang ikhwan muda kepada ibu bapa mereka untuk menyokong referendum.

pihak liberal dan sekular hanya dapat menggunakan siaran tv swasta, radio swasta, dan akhbar yang cenderung kepada mereka untuk menyebarkan kempen dan idea mereka.
mereka lost touch dengan orang kebanyakan. puak2 ini agak kuat di bandar2 yang terlalu moden kehidupan dan juga bekas2 penyokong husni 'murabak' yang masih berbaki.

satu lagi medium ampuh bagi ikhwan, adalah mimbar2 masjid. Hampir kesemua masjid di mesir menyeru penduduk mesir supaya menyokong referendum ini. para ulama' juga rajin menyelitkan sedikit sebanyak dalam kuliah mereka, kepentingan menyokong referendum ini yang mana kata2 orang alim sangat berpengaruh di mesir, lebih2 lagi di bahagian rif(pedalaman), masjid adalah tempat sumber informasi.

Monday, 24 December 2012

CONTOH HADIS PALSU

Hadith Palsu Tentang Adab Potong Kuku


Soalan:
Soalan dari email:

Benar ke hadis berkaitan memotong kuku seperti attachment di bawah nie ? Kita selalu mendengar hal ini dalam masyarakat kita. Kalau ustaz ada maklumat mengenai hadis ini mohon dapat dikongsi, supaya dapat ana betulkan sahabat yang forward kan e-mail ini.




RAHSIA MEMOTONG KUKU RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.



Jawapan:

Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:


من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب


Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

Darjat Hadith

1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:


من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة


Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

MENDENGAR BACAAN ALQURAN






Thursday, June 5, 2008

Hukum Diam Ketika Mendengar Bacaan al-Quran


Soalan:
Apakah hukum berdiam diri ketika mendengar bacaan al-Quran?

Jawapan:

Para ulama berbeza pendapat dalam hukum berdiam diri/senyap ketika mendengar bacaan al-quran di luar solat kepada dua pandangan:

1. Wajib berdiam diri/senyap: Ini adalah mazhab Hanafi, sebahagian mereka mengatakan kewajipan ini adalah kewajipan ‘aini dan sebahagian lagi mengatakan wajib kifayah. Mereka berdalilkan degan firman Allah:

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: “Dan apabila dibacakan al-Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam, mudah-mudahan kamu semua beroleh rahmat.” (al-A’raf:204)

2. Sunat atau digalakkan: Ini adalah pandangan kebanyakan ulama, mereka memahami ayat dari surah al-A’raf di atas adalah arahan di dalam solat sahaja, adapun di luar solat hukumnya menjadi sunat.

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin pernah ditanya:

“Sekumpulan orang yang berada di dalam kereta yang sedang bergerak, dimana salah seorangnya memasang kaset al-Quran, apakah wajib ke atas semua mendengarnya dan apakah berdosa sesiapa yang berkata-kata ketika waktu itu?

Beliau menjawab:

Imam Ahmad berkata tentang ayat surah al-A’raf (di atas): “Ianya untuk solat.” Dia berkata juga: “Para ulama telah sepakat yang ianya adalah arahan ketika solat.”

Saya (al-‘Uthaimin) menasihati orang yang memasang kaset al-Quran supaya jangan memasangnya ketika manusia sibuk dengan perkara lain. Maka jika kamu melihat kawan-kawan kamu tidak bersedia untuk mendengar dan mereka sedang sibuk berbual sesama mereka, maka jangan kamu memasang al-Quran.” (Secara ringkas dari Liqa-aat al-Bab al-Maftuh, bil. Liqa: 197)
 
kREDIT blog hukum hakam

JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2013


Bulan
TarikhCatatan
Januari23 Januari 2013
Rabu

Februari25 Februari 2013
Isnin
Tahun Baru Cina
10 & 11 Februari 2013
Mac25 Mac 2013
Isnin

April25 April 2013
Khamis

Mei23 Mei 2013
Khamis
Pesta Menuai
30 & 31 Mei 2013
Jun 25 Jun 2013
Selasa
Hari Gawai
1 & 2 Jun 2013
Julai25 Julai 2013
Khamis

Ogos 22 Ogos 2013
Khamis
Hari Raya Puasa
8 & 9 Ogos 2013
September25 September 2013
Rabu

Oktober10 Oktober 2013
Khamis
Hari Raya Haji
15 Oktober 2013
November
25 November 2013
Isnin
Deepavali
2 November 2013
Disember19 Disember 2013
Khamis
Hari Krismas
25 Disember 2013


Sumber http://www.ciklaili.com/2012/11/jadual-pembayaran-gaji-bulanan-tahun.html#ixzz2FyRFjhvy
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook