Friday 21 December 2012

RAKYAT NEGERI MANA YANG BERUNTUNG?

TARIF AIR PULAU PINANG PALING MURAH, JOHOR PALING MAHAL WA CAKAP LU-TENGOK GRAF NI


Tarif Air Bagi Kegunaan Kediaman






Tarif Air Bagi Kegunaan Industri




Pakcik Makcik Abang Adik, Tarif air tu maknanya harga air (bagi yang tak tahu makna tarif air). Graf di atas diambil dari Jabatan Bekalan Air Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Ianya bukan dari sumber Pakatan Rakyat. Jadi ianya bukan fitnah, mitos, propaganda Pakatan, heresay (cakap dengar) atau sebagainya. Ia adalah fakta dan realiti semasa.

Ringkasan fakta ialah :

1) Negeri paling murah tarif air ialah negeri Pakatan iaitu Pulau Pinang


2) Negeri yang paling mahal tarif air bagi kediaman dan industri ialah Johor darul Takzim.

3) Negeri Selangor tarif air ialah RM0.77/m3 tetapi Kerajaan Negeri Pakatan memberi air percuma kepada pengguna 20m3 yang pertama.

5) Kerajaan Selangor juga cuba untuk menurunkan tarif air tetapi terikat dengan perjanjiaan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang dibuat semasa Kerajaan Barisan Nasional memerintah.

6) kalau ikut susunan ialah :

1- Johor =RM1.05
2- Sabah =RM0.90

3- Selangor =RM0.77
4- Melaka =RM0.75
5- Perak =RM0.73

6- Negeri Sembilan =RM0.68
7- Kedah =RM0.67
8- Pahang dan Perlis =RM0.57
9- Sarawak =RM0.56
10- Kelantan =RM0.55
11- Terengganu =RM0.52
12-Pulau Pinang =RM0.31

Negeri Johor adalah negeri tiang seri UMNO dan Barisan Nasional namun balasan kepada kesetiaan dan ketaatan kepada Barisan Nasional yang rakyat Johor dapat ialah harga air yang paling mahal di Malaysia. Rakyat Johor takkan tak perasan kot. Lewat bayar cepat aje nak kena potong. Tak perit ke korang nak bayar air.

Semuga rakyat dapat menilai, Kerajaan Pakatan dapat sahaja memerintah Selangor ia memberi 20m3 air percuma pada rakyat. Kawan saya duduk di Bandar Sri Damansara menikmati air percuma dah 3 tahun lebih.

Masih nak undi Barisan Nasional lagi???? Nasib baik aku duduk Selangor.
 
Kredit Blog Uncle Majid 

No comments:

Post a Comment