IRAN NEGARA DAJAL?
Dajjal adalah fitnah (dugaan,
kesesatan, huru hara, dan kekufuran) yang terbesar yang akan muncul di akhir
zaman. Tiada seorang nabi pun yang diutus ke muka bumi kecuali telah
mengingatkan manusia akan fitnah Dajjal.
Dari Anas bin Malik berkata,
Rasulullah bersabda,
"Tidaklah Allah mengutus seorang
nabi pun kecuali pasti para nabi itu telah mengingatkan umatnya akan orang yang
buta sebelah lagi pendusta, ingatlah sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah dan
sesungguhnya Tuhan kamu tidaklah buta sebelah." (HR. Al-Bukhari dan
Muslim).
Syaikh Muhammad bin Shalih
al-Utsaimin-rahimahullaah-mengatakan, "Fitnah yang paling besar di muka bumi
sejak Allah ciptakan Adam adalah fitnah Dajjal. Kerana itu, tidak ada seorang
nabi pun sejak Nabi Nuh hingga Muhammad kecuali mereka sudah mengingatkan
kaumnya akan bahaya Dajjal, sebagai peringatan darinya. "(Al-Majmu 'Ats-Tsamiin
II/175).
Di antara perkara yang diajarkan oleh
Rasulullah SAW kepada umatnya agar terhindar dari fitnah Dajjal yang begitu
dahsyat adalah dengan memohon perlindungan kepada Allah ketika solat, pada saat
tasyahud akhir, sebelum salam dengan doa:
اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر,
ومن عذاب جهنم, ومن فتنة المحيا والممات, ومن شر فتنة المسيح
الدجال
"Ya Allah, sesungguhnya aku
berlindung kepada-Mu dari seksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan
dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah al-maasih ad-Dajjal."
(HR.Muslim).
Dari Mana Dajjal Akan
Muncul?
Mari kita semak beberapa hadis
berikut:
Dari Fatimah binti Qais-radhiyallahu
'anha-bahawa beliau pernah mendengar Nabi shallallahu bersabda:
] ألا إنه فى بحر الشام أو بحر اليمن
لا بل من قبل المشرق ما هو من قبل المشرق ما هو من قبل المشرق ما هو [وأومأ بيده
إلى المشرق
"Tidaklah dia (Dajjal) di laut Syam,
atau laut Yaman.Tidak! Tetapi dari arah timur. Dia dari arah timur, dia dari
arah timur. "Dan beliau berisyarat dengan tangannya ke arah timur." (HR. Muslim
no. 2942).
Dari Abu Bakr ash-Shidiq, bahawa
Rasulullah SAW pernah bersabda:
الدجال يخرج من أرض بالمشرق يقال
لها: خراسان
"Dajjal keluar dari kawasan timur,
namanya Khurasan." (HR. Timidzi 2237 dan dishahihkan al-Albani dalam Shahih Jami
'ash-Shaghir).
Khurasan
Satu kawasan yang luas di sebelah timur
Semenanjung Arab. Saat ini, yang termasuk wilayah Khurasan: Nishapur (Iran),
Herat (Afghanistan), Merv (Turkmenistan), dan pelbagai negeri di Selatan sungai
Jihun (sungai Amu Darya). (Mu'jam al-Buldan, 2:350).
Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW
bersabda:
يخرج الدجال من يهودية أصبهان, ومعه
سبعون ألفا من اليهود
"Dajjal akan keluar dari daerah
Yahudiyah Asbahan. Dia bersama 70 ribu orang Yahudi. "(HR.
Ahmad).
Asbahan
Sering juga disebut Asfahan. Termasuk
wilayah Iran, 340 km di selatan Tehran. Bukhtanshar menyerang Baitul Maqdis dan
menjadikan penduduknya sebagai tawanan, bersama orang Yahudi, kemudian mereka
ditempatkan di Asfahan. Akhirnya kawasan tersebut dinamakan kampung Yahudiyah.
Ibu kota Asfahan saat ini adalah Yahudiyah (Mu'jam al-Buldan,
1:208).
Fenomena kehadiran Dajjal mulai semarak
di kalangan umat manusia setelah dia berada di daerah antara Iraq dan Syam
(kawasan 4 negara: Syria, Palestin, Lubnan, dan Jordan).
Dari Nawwas bin Sam'an, bahawa
Rasulullah saw bersabda:
"Dajjal keluar di daerah antara Syam
dan Iraq. Kemudian dia membuat kerosakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai
hamba Allah! Kuatkan iman kalian! "(HR. Muslim 2937 dan Ibn Majah
4075).
Al-Hafidz Ibnu Katsir
berkata:
"Pertama mulai munculnya Dajjal di
Asbahan, tepatnya di dataran batu-batu, yang dinamakan kampung Yahudiyah. Dajjal
dibela oleh 10 ribu orang yahudi dari penduduk Ashbahan. "(An-Nihayah fi
al-Fitan wa al-Malahim, Hal. 59).
Asfahan atau
Khurasan?
Jika anda perhatikan peta negara Iran,
Khurasan dan Asfahan berhimpit di bahagian timur laut wilayah Iran. Kita tidak
tahu pasti pada awalnya Dajjal akan muncul di titik yang mana. Yang jelas, di
dua daerah, pertama Dajjal muncul dan mendapatkan ramai pengikut. Dan benarlah
apa yang disabdakan Nabi Muhammad saw, sebab catatan dari Frances Harrison dari
BBC News, yang disiarkan pada September 2006, bahawa di Tehran ada sekitar 25
ribu Yahudi di negeri Iran.
Meskipun berlagak seperti mahu
menentang Zionis, tapi Iran adalah tempat yang aman bagi Yahudi. Pemimpin
komuniti Yahudi Iran, Mr. Hammami mengaku bahawa Khameini membezakan antara
Yahudi dan Zionis dan dia menyokong kami. Bahkan Presiden Iran ketika ini,
Ahmadi Nejad dialu-alukan oleh masyarakat Islam adalah keturunan
Yahudi.
Dari sinilah anda boleh mendapatkan
jawapan, mengapa Dajjal muncul di Iran. Lebih dari itu ada keanehannya kerana
Iran melaungkan anti Yahudi, dan pernahkah anda mendengar ada rakyat Palestin
yang dibenarkan berpindah ke Iran?
Kembali ke topik keluarnya Dajjal,
sebahagian orang berkata Dajjal akan keluar dari Segitiga Bermuda. Yang benar
Dajjal keluar bukan di Segitiga Bermuda. Itulah yang kita yakini. Itulah akidah
kaum muslimin. Dajjal muncul di Asfahan bahagian dari negeri Iran yang ketika
ini menjadi negera Syiah.
Meskipun mengundang kontroversi, filem
besar bertema Umar bin Khattab telah ditayangkan di salah sebuah stesen TV
kebangsaan. Melalui filem ini, masyarakat sedikit sebanyak dapat mengetahui Umar
bin Khatthab dan perjuangan dalam membela Rasulullah SAW dan dinul Islam.
Pemimpin yang dikagumi dan dihormati oleh seluruh kaum muslimin. Pada bahagian
akhir episod filem tersebut, muncul adegan pembunuhan Khalifah Umar oleh Abu
Lu'luah al-Majusi La'natullah 'alaihi.
Pemuliaan Iran
Terhadapnya
Pada setiap tahun, Syiah meraikan
terbunuhnya Khalifah Umar bin al-Khattab, dan mereka menganggapnya sebagai hari
raya dengan kegembiraan dan kebahagiaan merasuk dalam hati mereka. Hari raya
tersebut mereka sebut dengan Idul Ghufran dan itu bertepatan dengan tarikh 9
Rabi'ul Awwal. Mereka mendakwa bahawa Allah mengangkat dari mereka perhitungan
amal pada hari itu.
Kita tidak mengenal satu bangsa yang
bergembira dengan syahidnya khalifah kedua yang mulia Umar bin al-Khattab
kecuali Bangsa Parsi (Iran) dan bangsa Yahudi. Hal ini merupakan salah satu
bentuk pembalasan dendam bangsa Parsi yang telah ditakluk oleh
Umar.
Disebutkan bahawa Iran mula melakukan
kerja memulihara tempat ziarah yang mereka sebut dengan marqad Baba Syuja'uddin
(Tempat Peristirahatan)
Ketua Agama pada tahun 2003 M, dan
menganggap tempat ziarah tersebut adalah tempat ziarah bersejarah yang wajib
dipelihara. Dan menamakan jalan marqad tersebut yang ada di sana dengan nama
Jalan al-Fairuziy. Mereka membaca keutamaan-keutamaan orang zindiq tersebut.
Mereka menyebutnya dengan Hadharat Baba Syuja'uddin. Mereka juga berkata kepada
manusia, Ziarahilah dia, dengan menziarahinya seluruh dosa kamu akan
diampunkan.
Di antara doa-doa
mereka,
اللهم ارض عن أبي لؤلؤة واحشرني
معه
"Ya Allah, redhailah Abu Lu` lu `ah,
dan kumpulkanlah aku bersamanya."
Diterjemahkan dari sumber Buletin
Dakwah Al-FIKRAH stiba Makassar, Edisi 01
No comments:
Post a Comment