Sabtu, 2 Februari 2013
Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit.
"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah
ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan
dan mampu menitis air mata.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan
perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu
cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke
langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia
terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa.
Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa
kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas
kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan
perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin
mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau
alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka
kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang
lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama
isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah
simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat
diperkuburan suaminya.
Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan.
Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang
petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh,
apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak
pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal
ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri
simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah
perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.
Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si
mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam
sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu
bilik lalu diambilnya Al Qur'an di atas rak,
lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek Al Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang
membaca, sedangkan ia seorang yang buta Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al Qur'an itu dengan tangannya , seolah-olah
sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati
lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih,
mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak
mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku
ini.”
“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku
tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak
dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “
“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa
aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”.
Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang
suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al
Qur'an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur.
Lelaki itu meminta untuk melihat Al
Qur'an kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia
melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan
selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda
seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha
suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya.
Hatinya telah bersatu dengan ruh Al
Qur'an Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia
mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al Qur'an di dalam masjid kita, di dalam rumah
kita, di dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan
semula untuk bacaan semua."
Subhanallah..Subhanallah
Kredit Open Minda
No comments:
Post a Comment